Tuesday, December 30, 2008

Happy New Year!

1 Muharram datang lagi
1 Januari lagi sehari

Apa azam tahun baru?
Takkan sama dengan yang lalu?

Make sure tahun 2009
Lebih baik dari 2008

Tanamkan sabar dalam diri
Tempuh hidup dengan berani

Tenang dalam hadapi ujian
Tabah dalam hadapi dugaan

Senyum selalu jangan dilupa
Dapat pahala senang2 saja

Jangan cepat putus asa
Tiap masalah ada penyelesaiannya

Kalau dah usaha ikhtiarlah pula
Doa & tawakkal pastikan sentiasa

Buat baik kepada semua
Walau orang tak baik dengan kita

So tinggal satu saja sebenarnya:
nak ucap HAPPY NEW YEAR!

Tuesday, December 23, 2008

You have to have this..


Last Tuesday I went to Wisma PGRM, Jalan Pudu, KL to settle something up. Needed to search for an address so I dropped by at Starbucks for an internet connectivity. To my surprise, they have already started selling the 2009 organizer!

Yes, yes, it’s already the 23rd day of this promotion today. So I’m late. So what? I guess there may be thousands who will be surprised to read this. Ramai lagi yang belum tahu!

My interest for Starbucks' organizer has been for like 3 years already. Really fascinated by the design, honestly. Comparing to the previous years, the organizer is quite easy to get this year. Before, you must get like 15 chops representing 15 items (beverages/foods) purchased at Starbucks in a card, which amounting around RM150 (if you are ‘kamcing’ enough, you can get several chops from them at a time, so can save more money loh, hehe).


However, in conjunction with their 10th Anniversary in Malaysia, Starbucks is offering the organizer at a very low price: RM18 to be added up with a puchase of medium-sized beverage. Now that’s cheap!

With beautiful layout design and real leather for the cover, I think it is really worth your RM30+. In addition, for the money you spent on the organizer, some will be donated to charity. So beli dan beramal la kiranya.

Friday, December 19, 2008

Air dicincang tak akan putus..


Tengah belek2 fail lama, terjumpa gambar ni. Saya pun tak ingat bila dan kat mana gambar ni diambil. Ana and Adi are my cousins, while Paklong is my uncle whom I paid my visit at IJN last time (view my previous posts: ICU and IJN).

Bila saya fikir2 balik, memang dari dulu saya rasa sangat bertuah dan berbangga kerana dianugerahkan keluarga yang agak rapat. Daripada kecik, memang time gathering la masa yang paling ditunggu2. Tak kira la gathering kecik ke besar, ramai ke sikit, kat rumah paklong ke, pakteh ke, acik ke, kat court tennis ke, BBQ ke, PD ke, bowling center ke.. Pendek kata masa dengan saudara mara la masa yang paling seronok dalam hidup.

Maybe we have best friend/s, maybe we have been having fun spending time with them, but those can never be compared to the times when we are with the family. That’s why walau apa pun yang berlaku, kita sepatutnya kena sentiasa bersyukur dan jaga hubungan kekeluargaan. Daripada pengalaman lepas, ada jugak yang sepupu sendiri pun tak kenal, yang tak pernah jumpa pakcik makcik even time kenduri etc. That’s when I realized the values, I have been blessed with in my life. Ye la, kita kena selalu compare life kita ni dengan orang lain, especially yang lebih susah. Bila kita buat macam tu, barulah kita sedar yang selama ni Tuhan dah bagi kita macam2 kemudahan dan kesenangan berbanding dengan orang lain. Takkan nak tunggu sampai Tuhan tarik nikmat baru nak sedar, betul tak?

'Juraimi Troopers': which one is me? ;-)

Bila dah besar panjang ni, suasana mungkin dah sedikit berbeza. Ribena & ayam KFC acik dah jarang2 dapat rasa. Ayam masak kicap & keria “tak jadi” makteh pun tak selalu dapat jamah. Gulai tempoyak pedas maklong apatah lagi. We still have gatherings, alright. but I do admit that I really miss those times. Bila dah kumpul sama2 tu, gelak memang tak putus la. Pastu ada je aktiviti nak buat. Kalau kat rumah arwah atok dulu, main baling selipar la, habiskan stok aiskrim atok la, naik-motor-dengan-acap-pastu-jatuh-pastu-sorok2-bila-balik-rumah-atok la etc. Time nak tidur pulak, borak macam tak ada esok. Dah puas gelak2 barula masing2 zzzzzz..

“Jangan bancuhkan satu teko kopi tu kurang gulanya
kalau kita je yang suka kopi tawar..”

Yang saya explain tu baru sikit la kalau nak dibandingkan dengan keseluruhan pengalaman hidup waktu kecik2 dulu, dan saya pasti anda pun mesti ada pengalaman masing2, kan? Well, what I am trying to say here is that we have to always hold on to what we have been blessed in life, and FAMILY is truly one of ‘em. Walau macamana pun kita atau orang yang kita sayangi, kita jangan cipta alasan untuk jauhkan diri, untuk membenci etc. Kadang2 dalam hidup ni, dengan family ke dengan kawan2 ke, benda kecik2, benda yang sebenarnya tak ada kaitan dengan kita pun kadang2 kita jadikan sebab untuk bermusuhan, untuk renggangkan diri etc. Mungkin kita akan puas hati, akan senyum sendiri, tapi realitinya dalam masa yang sama kita mungkin lukakan hati orang lain, kita buat orang lain terasa dengan kita etc. So kita kena sentiasa ingat yang semua orang tak sempurna, termasuk diri kita.

Satu jari tunjuk kat orang, lagi 4 tunjuk kat siapa?

Thursday, December 18, 2008

We're on Youtube!

Got an sms from An Myshots this morning, confirming that the reception montage of Meen and I has been added in Youtube. At the same time, wedding album pun dah siap. Cun!



Meen and I would like to express our heartiest appreciation to Myshots family for the undivided attention and tremendous effort to make the wedding pictures worth a lifetime to be viewed. Now we're looking forward for the outdoor session, An. Dok sibuk kempiskan perut ni, hahaha!

You have seen the montage? Ok tak? :-)

When the earth does not move..


Keanu is back with another big movie, a remake version of The Day The Earth Stood Still (TDTESS). This time, he became Klaatu, an alien in a human suite, searching for information about what the human has been doing to earth as an evaluation for his superiors to decide on whether to destroy human being and their creations in order to save the mother earth. Awesome!

On this film, he is assisted by a Helen Benson (Jennifer Connely), a microbiologist who works at Princeton University and her step son (Jaden Smith) which turned out to be human being savior by changing Keanu’s decision.


This is another attraction for the movie-goers. Those who have watched the original TDTESS will want to see this new version, while the new generations will be amazed not only by the long title but also for what’s inside the movie.

In my opinion, there are 2 setbacks on the technical part of TDTESS. One: the metal, destroy-everything-but-earth insects. I mean, when I first saw Keanu in this special gel suit, plus the ever mysterious spheres, I was really eager to know how they destroy human being (or even the earth at first). Upon realizing on the insects, I was like “ek eleh”. If only they could come up with something else. Non-metal destroyer to be exact.

The other setback is the gigantic, one red-and-moving eyed, statue-like creature. It came along with the giant sphere at Central Park as Keanu’s protector and the source of the metal insects. Again, they could really make it in a form of fog or something, not like the old version of it, come on! I mean, Proton would not be producing the same Saga every year, right?

The robot reallyyyy look familiar..

Other than that, I must salute Keanu for his marvelous act, especially his Chinese accent. This is another must-see movie as the storyline is perfectly narrated, the idea of ‘human is not the owner of earth’ has creatively manipulated, the fascinating effects and of course, the great line of casts. If only they could set a more thrilling ending, this movie would reach the number 5 on my evaluation meter. So with that I give TDTESS 4 out of 5.

Monday, December 15, 2008

Happy Birthday, Enol..!

Petang semalam, Enol kawan saya dikejutkan dengan birthday surprise. Tina his wife yang rancang sebenarnya. Dia sms mintak tolong belikan kek. So Meen and I dropped by at Baker’s Cottage, Metro Plaza to buy the birthday cake. Sempat jugak la singgah Parkson jap carik kad & hadiah. Found a simple & cute rubber frames for him.

Kiranya berjaya jugak la semalam sebab Enol nampak betul2 tergezut, hihi. Ramli my ex-primary schoolmate (nama penuh dia Mohd. Ramli bin Ramli) pun ada semalam. Best jugak dapat jumpa dan borak2.

So like what I wrote in the birthday card: Enjoy being a year older, my friend! Tahun depan kita dah masuk kumpulan umur yang berbeza. Rasa macam dah tua sangat la pulak, huhuhu..


Sunday, December 14, 2008

Weekend punya cerita..

It's Sunday..!!



Syok betul bila bangun pagi, teringat hari ni hari Ahad. So tak payah la nak sibuk2 bersiap g kerja. Hehe. Bangun tido pun dah pukul 10 lebih. Quite exhausted to be honest. Meen and I went to Ben's parents' @ Bukit Jelutong yesterday, attending the 'aqeeqah ceremony for Aryssa Layla, his 1st adorable daughter. Dah lama jugak tak ke sana. Family Ben ni dah jadi macam family sendiri. Dari darjah satu dah kenal. So we spent quite some time jugak.

After that, we went to Puteri's wedding boutique at Precint 8, Putrajaya. Syidah my sister asked me if i can show her the way there. A very beautiful boutique, well-presented & warm owner. Butik ni banyak fokus kat busana muslimah selain menyediakan pakej complete untuk wedding, dari baju, fotografi n katering. Semua diorang buat sendiri (tak sub kat pihak lain). So you guys yang tengah rancang perkahwinan, saya sarankan untuk lawat butik ni. At least boleh la tambah pilihan.

Hari ni saya di rumah mertua @ Bangi. Naqib, si budak tembam datang dengan parents dia, Angah n Abangah. Ibu n Udean akan ke London this coming Friday so Naqib datang nak jumpa nenek dia. Riuh satu rumah bila dia datang. semua berebut nak dokong dia. Cucu 1st dalam family la katakan. So dari tadi dok layan keletah dia, ambik gamba la etc.




Bila tengok si Naqib ni, terfikir pasal baby. Hari ni pulak genap sebulan perkahwinan saya dengan permaisuri hidup saya: Najmin Ab Ghani. Kalau pasal baby ni, selalunya mesti berbelah bagi sebab bila kitaorang decide nak enjoy life as a couple dulu, mesti rasa nak tuka plan bila tengok anak orang lain especially babies. Bila decide nak ada baby, mesti rasa nak tuka plan bila tengok couple dok lovy dovy with each other. Hehe..

Saturday, December 13, 2008

kita & mereka..


Went to my sisters’ the other day. She claimed that ‘something’ has been disturbing her that she can barely sleep at night. Living in a medium-cost-1990s apartment, the scenery of the building itself can easily frighten anyone. Memang betul lah di mana2 pun akan ada makhluk2 selain daripada yang kita boleh lihat dengan mata kasar ni, tapi bila keadaan sekeliling tak terurus, cat bangunan tu pun rasanya dah berbelas tahun tak re-paint, bau kat area bangunan tu pun semacam. Nampak macam building maintenance tak aktif/berterusan.


Bila bercakap tentang makhluk halus ni, teringat bila baca Harian Metro haritu pasal imej budak berambut panjang muncul kat kamera telefon bimbit. Sebenarnya itu merupakan salah satu cara untuk these creatures menunjukkan kewujudan diorang. Macam yang Syidah adik saya alami tu, gangguan tu pun antara caranya. Makhluk2 ni memang ada di dalam dunia, kat surrounding kita, even ada je kat sebelah kita, lalu depan kita etc. Cuma kita sebagai manusia ni ada keterbatasan. Kita tak dapat nak lihat kesemua yang Tuhan cipta. That’s why most of us tak nampak apa2 selain daripada benda2 fizikal kat atas muka bumi ni.

Waktu di sekolah menengah dulu, saya dapat tips macamana nak hadapi situasi macam ni: Jangan terlalu takut atau terlalu berani. Saya rasa memang betul la. Kita kadang2 terlalu fikir benda yang negatif sampaikan ‘benda’ tu takde pun alih2 jadi ade, kan? Lepas tu kadang2 ada yang nak menunjuk2 kononnya berani sangat. Kira niat salah la tu. Last2 dia yang kena teruk daripada orang lain. These things happened before. Rasanya ramai yang pernah lihat atau alami.


Apa yang penting sebenarnya kita faham & percaya. Tu je. Bila kita dapat terima yang mereka tu wujud, at least kita secara tak langsung dah bersedia. Satu lagi, jangan fikir benda2 yang kita tak mampu fakir. Jangan pandai2 buat andaian “benda tu macam tu” la, “benda tu macam ni” la, “nanti mesti jadi macam tu” la etc. Kelemahan kita ni sebenarnya kat emosi. Bila kita guna emosi untuk berfikir, bertindak, buat andaian etc tapi tak tapis semua tu dengan akal @ rationality, believe me that things will never be better. Kalau kita percaya benda tu ada, benda tu jahat, benda tu hodoh, memang itu la jadinya. Kalau kita percaya yang sebaliknya, insyaAllah kalau pun kita tak 100% berani atau yakin pun, kita masih mampu handle.

“You will when you believe..”

Friday, December 12, 2008

Los & Faun

What a day yesterday was! Dari siang sampai ke malam, ade je aktiviti. Mentang2 la cuti Sultan Selangor tiup lilin kat kek birthday dia.. So Meen and I started the day @ Seremban's immigration office, then we shoot to Jalan TAR during the afternoon, went to Intan's (officemate) open house at Kg. Medan on the evening and went straight to OU after that.. Teringat term masa study ekonomi dulu: utiliti maksimum. Now that's what i define my day yesterday, hehe.


At OU, Enol, Tina, Meen and I went to watch this latest Afdlin Shauki's masterpiece: Lost dan Faun. The catchy title seems to attract quite a number of crowd last night, but I assume that it is the word of mouth by Uya my sister that really got me to GSC. Rasanya yang lain pun mcm tu la kot. Member2 dok cerita, "best la cerite tu!", "kelakar gile! Ade mamat ni kan, dia cakap kelaka, mamat ni pulak macam ni, mamat tu macam tu.." etc..

The movie is about Los (nama betul dia Carlos Gunting lebih kurang macam tu la) and his friend Faun who went to KL to find a job. After realizing Faun's capability to search for lost things (or even human being!), they decided to form a company: Los & Faun. One of the clients Jasmin, asked them to search for her late husband's missing antique watch. And the journey begins from there..

Faun (kiri) kena seduce. But watch how the scene ended up. Hillarious!

(dari kanan) Faun, Los & Guard umah Jasmin

Jasmin (Erra) ngan hubby dia Al-Soffa (Afdlin)

All in all, the movie was ok. Jalan cerita ada, tapi towards the end tu agak bercelaru la. Maksud saya susunan jalan cerita dia dia nampak berterabur sket. Pastu cerita ni macam mystery-solving kind a movie la. Very good effort, but towards the end tu diorang macam nak cepat je, especially masa nak explain kat penonton siapa curi jam tu, perancangan Al Soffa (Jasmin's husband). Sape yang macam slow sket tu memang susah la nak faham.

Bab kelaka dia memang best! Ada karakter yang betul2 kelaka (mamat insurance tu memang xleh blah! Hahaha). Karakter dalam cerita tu pun mostly hidup la, dan ada babak-babak yang dok melekat je dalam kepala ('Brokeback Mountain' scene?! Hahahaha).

So guys, kalau rasa ada duit lebih, gi la tengok cite ni. Rasanya kalau tengok dvd tak puas kot. Macam cite Baik Punye Cilok dulu pun, tengok wayang sikit punya berdekah. Tapi yang tengok dvd ramai yang merungut "tak kelaka pun cerita tu?". Cerita ni ok. Banyak yang boleh diperbaiki tapi worth watching la, especially for a malay movie. Saya boleh bagi 3.5 out of 5.. :)