Wah……….
Lama betul tak update blog ni. Pelik jugak, time tengah kerja, ade je benda nak type, ade je masa nak diluangkan untuk menaip. Tapi bila dah tak kerja, sikit pun tak ingat nak update. Jangan kata update la, bukak blog pun tak!
25 Mac 2009: dah sebulan 3 hari saya tak bekerja.
Pada mulanya, saya ditawarkan beberapa peluang untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan. Jadi memandangkan dah masuk 7 tahun saya bekerja di syarikat yang sama, saya pun nekad untuk berhenti dan nak mulakan lah perniagaan yang dirancangkan tu. Tapi, ada beberapa kekangan yang membuatkan projek tu tak dapat dimulakan. Jadi sekarang saya masih tunggu apakah langkah seterusnya.
Dalam masa yang sama pula, ada teman yang menawarkan peluang untuk jadi pensyarah do kolej universiti. Memang waktu bekerja dulu saya ada mohon beberapa institusi tapi nasib tak menyebelahi. Saya pun memang ada minat untuk mengajar di peringkat pengajian tinggi ni. Jadi saya fikir sementara menunggu hasil projek perniagaan tersebut, lebih baik saya mohon untuk jadi pensyarah. Ikhtiar mana yang boleh. Mana tau sebenarnya ’jodoh’ saya sebenarnya dalam bidang pengajaran kan?
Bila dah menganggur ni, mula2saya rasa bebas juga. Seronok bila kita dapat buat apa yang kita nak buat dan tak terikat dengan apa2 jadual. Cuma jadual dari segi masa sehari-harian saja yang perlu diurus untuk diisi. Tapi, lama-kelamaan saya rasa risau. Pendapatan belum dapat dijana tapi tanggungan tetap setiap bulan nak kena selesaikan. Mula lah tak sedap duduk dibuatnya.
Jadi, pagi tadi saya dah senaraikan beberapa alternatif yang boleh saya usahakan untuk jana pendapatan. Saya juga ada hubungi Dino (kawan baik saya dari sekolah menengah) untuk minta pendapat tentang bagaimana nak jana pendapatan melalui internet. Alhamdulillah, Dino ada terangkan serba-sedikit tentang cara2nya. Saya akan jumpa dia face to face untuk dapatkan maklumat lebih lanjut lagi.
Nak dijadikan cerita, Beng (kawan waktu buat master) pula ada terangkan tentang beberapa lagi peluang nak jana pendapatan melalui syarikat yang kami daftarkan waktu belajar dulu. Alhamdulillah, ada beberapa jalan yang saya boleh cuba. Mahu tak mahu, saya perlu ikhtiarkan sesuatu!
Harap pembaca atau kawan2 yang ada cadangan agar dapat maklumkan kepada saya. Saya amat menghargainya..