Sunday, October 02, 2011

Business Development

Am waiting my turn to take away some chicken rice for lunch. Well, not as easy as it sounds actually when there are 16 people in front.

The restaurant holds a reputation of being on of the best chicken rice shop in the town where I live. They serve a full house crowd most of the time and in today's case, the que starts me from outside the premise!

The food is good. No doubt about it. That's why they've been here for years. The only room for improvement (well a basic one for a start) is the service.

When you have a promising business and with only one counter for serving dining in and take away orders with 2 workers, you might want to consider evaluating the current system. Well, in this case I can see that they haven't lose much in terms of customer loyalty (take me for an example), but I'm sure they haven't thought about the opportunities that they are missing.

So for me, getting at least another serving counter is a good start. They can increase service efficiency thus enabling more people to come. In today's case, some might reconsider having lunch at another since the queue is too long.

Business development is not that hard to digest and implemented. It is as simple as a new seating arrangement. Proper understanding about the concept and importance can bring one to suit what's best to develop according to the business size and objectives.

Come to think about it, maybe a nice white color theme and proper daytime lighting too? :)

Sunday, September 18, 2011

Iphone 4 suddenly switched off: A simple solution

Was about to check my facebook on my phone just now when I realized I can't switch it on. Funny since it never happened before (bought December 2010).

A quick google got me few same trick: pressing home and start button at the same time untill the the shiny silver apple logo appears.

Problem settled at first try. Praises to Allah.. :)

Friday, September 16, 2011

Blogger app: LIKE

Browsing through the appstore, I was quite suprised to see the bold, white B letter with striking orange background. Upon downloading, I've already began tp imagine how easy updating my blog will be.

And yes, it is easy.. :)

Thursday, September 15, 2011


Kenapa Perniagaan Perlukan Laman Web yang Baik?

Laman web merupakan suatu kemestian dalam era internet dan globalisasi masa kini. Penggunaan laman web dalam memperkenal dan mengembangkan perniagaan sudah menjadi amalan kebanyakan perniagaan. Bagi kebanyakan perniagaan, laman web merupakan salah satu pelaburan yang paling penting.

Adalah bagus jika anda memiliki sebuah laman web untuk perniagaan yang anda jalankan. Tetapi, adakah anda tahu mengapa sebuah laman web yang baik diperlukan dalam perniagaan anda?


Diri Anda, Syarikat Anda

Laman web mencerminkan diri anda sebagai pemilik perniagaan. Oleh itu, laman web yang baik menggambarkan ketersediaan dan kebolehan anda untuk mengendalikan perniagaan dengan baik dan berkesan.

Laman web juga menggambarkan identiti  syarikat anda. Mempunyai laman web yang baik bakal memberikan impak yang positif terhadap kewujudan dan kemampuan organisasi. Sebaliknya, laman web yang biasa bakal memberikan tanggapan bahawa syarikat anda adalah ‘sama seperti yang lain’.


Ingin Tambah Pelanggan?

Kajian membuktikan bahawa lebih ramai pengguna melayari internet sebelum membuat keputusan pembelian.

Oleh yang demikian, laman web yang miliki bersifat mesra pelanggan dan tampak menarik serta profesional dapat menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan. Ini seterusnya menambah keyakinan mereka untuk mengunjungi premis perniagaan anda.

Sekiranya laman web anda kelihatan seperti sebuah blog perniagaan yang biasa, ia mengurangkan minat mereka untuk terus melayari laman web tersebut seterusnya memungkinkan anda kehilangan pelanggan berpotensi.


Nilai kepada Pelanggan Sedia Ada

Dengan laman web yang up-do-date dan menarik, pelanggan sedia ada sudah pasti lebih yakin untuk terus menggunakan menggunakan produk anda.

Bukan itu saja, mereka pasti lebih bangga untuk memperkenalkan produk anda menerusi laman web tersebut kepada rakan atau kenalan mereka.


Atasi Persaingan

Peningkatan jumlah laman web secara tidak langsung mewujudkan persaingan secara online terutamanya perniagaan-perniagaan di dalam industri yang sama.

Oleh itu, laman web yang baik membolehkan anda menonjol daripada pesaing-pesaing anda.



Peluang Pasaran Antarabangsa

Memiliki laman web menjadikan perniagaan anda bertaraf global. Laman web yang teratur dan menarik pula bermakna anda memiliki peluang yang lebih cerah untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Bayangkan pesanan daripada Indonesia, China atau Eropah. Ini pasti akan berlaku sekiranya anda mengorak langkah yang tepat dan berkesan dan caranya? Hanya dengan memperbaiki laman web anda!


Perhatian Media

Media amat penting untuk sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian, seorang wartawan sudah tentu lebih cenderung untuk memilih perniagaan yang mempunyai laman web yang kelihatan professional untuk menulis artikelnya kerana ia memiliki nilai berita yang lebih baik.



Tuesday, February 01, 2011

Setelah setahun..


Salaam 'alaikum!

Akhirnya saya kembali semula ke laman blog nan satu ni. Tak sangka pula dah lebih setahun saya tinggalkan. Tersenyum bila lihat gambar anak saya Yasmeen Hannan dalam posting terakhir saya dulu. Sekarang dah pun masuk setahun setengah umurnya. Alhamdulillah.

2011, setahun lagi manusia menempuh alam dunia. Setahun lagi bertambah usia. Saya berdoa untuk diri sendiri dan untuk semua agar tahun ini menjanjikan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.


Buat diri saya sendiri, mengemaskini blog ini adalah antara salah satu daripada perancangan tahun baru (salah satu daripada senarai PANJANG perancangan 2011!). Ada juga yang saya terpaksa carry forward memandangkan masih belum tercapai, termasuklah menurunkan berat badan yang dah amat ketara peningkatannya (huhu).