Thursday, September 15, 2011


Kenapa Perniagaan Perlukan Laman Web yang Baik?

Laman web merupakan suatu kemestian dalam era internet dan globalisasi masa kini. Penggunaan laman web dalam memperkenal dan mengembangkan perniagaan sudah menjadi amalan kebanyakan perniagaan. Bagi kebanyakan perniagaan, laman web merupakan salah satu pelaburan yang paling penting.

Adalah bagus jika anda memiliki sebuah laman web untuk perniagaan yang anda jalankan. Tetapi, adakah anda tahu mengapa sebuah laman web yang baik diperlukan dalam perniagaan anda?


Diri Anda, Syarikat Anda

Laman web mencerminkan diri anda sebagai pemilik perniagaan. Oleh itu, laman web yang baik menggambarkan ketersediaan dan kebolehan anda untuk mengendalikan perniagaan dengan baik dan berkesan.

Laman web juga menggambarkan identiti  syarikat anda. Mempunyai laman web yang baik bakal memberikan impak yang positif terhadap kewujudan dan kemampuan organisasi. Sebaliknya, laman web yang biasa bakal memberikan tanggapan bahawa syarikat anda adalah ‘sama seperti yang lain’.


Ingin Tambah Pelanggan?

Kajian membuktikan bahawa lebih ramai pengguna melayari internet sebelum membuat keputusan pembelian.

Oleh yang demikian, laman web yang miliki bersifat mesra pelanggan dan tampak menarik serta profesional dapat menarik perhatian bakal pelanggan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan. Ini seterusnya menambah keyakinan mereka untuk mengunjungi premis perniagaan anda.

Sekiranya laman web anda kelihatan seperti sebuah blog perniagaan yang biasa, ia mengurangkan minat mereka untuk terus melayari laman web tersebut seterusnya memungkinkan anda kehilangan pelanggan berpotensi.


Nilai kepada Pelanggan Sedia Ada

Dengan laman web yang up-do-date dan menarik, pelanggan sedia ada sudah pasti lebih yakin untuk terus menggunakan menggunakan produk anda.

Bukan itu saja, mereka pasti lebih bangga untuk memperkenalkan produk anda menerusi laman web tersebut kepada rakan atau kenalan mereka.


Atasi Persaingan

Peningkatan jumlah laman web secara tidak langsung mewujudkan persaingan secara online terutamanya perniagaan-perniagaan di dalam industri yang sama.

Oleh itu, laman web yang baik membolehkan anda menonjol daripada pesaing-pesaing anda.



Peluang Pasaran Antarabangsa

Memiliki laman web menjadikan perniagaan anda bertaraf global. Laman web yang teratur dan menarik pula bermakna anda memiliki peluang yang lebih cerah untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Bayangkan pesanan daripada Indonesia, China atau Eropah. Ini pasti akan berlaku sekiranya anda mengorak langkah yang tepat dan berkesan dan caranya? Hanya dengan memperbaiki laman web anda!


Perhatian Media

Media amat penting untuk sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian, seorang wartawan sudah tentu lebih cenderung untuk memilih perniagaan yang mempunyai laman web yang kelihatan professional untuk menulis artikelnya kerana ia memiliki nilai berita yang lebih baik.



No comments: