Tuesday, January 27, 2009

Cuti CNY: apa bikin?

Hari ni dah masuk hari ke-empat saya terperap di rumah. Sebelum ni dok makan ubat yang ada kat rumah je, tapi bila yang sakit tak surut2, terpaksalah jugak membawa diri ni ke klinik. Bayangkanlah 4 hari tak keluar ke mana2. Kesian jugak tengok Meen. Ye la, time2 cuti ni la masanya nak pergi jalan2 ke etc. Tapi alhamdulillah, dia faham keadaan saya. Malah waktu belum kahwin pun saya dah terangkan tentang masalah kesihatan saya dan minta dia memahami dan adapt.

Nasib baik la internet connection yang sebelum ni rosak dah dibaiki on Sunday. Nasib baik jugalah ada Australian Open. At least dalam jangkamasa nak sembuhkan kaki yang bengkak ni ada la sesuatu nak ditonton. Sekurang-kurangnya taklah terlalu bosan. Petang tadi saya ajak Meen jalan2 keliling rumah memandangkan bengkak dah semakin surut.

Badan pun rasanya dah lain macam. Ye lah, 4 hari ni aktivitinya makan je yang banyak, bersenamnya tak. Lepas ni kena cari jalan jugak nak bersenam ke etc. Hehe. Teringat pulak kat alat sit-up kat bilik tu. Bukannya apa, sebelum ni alat tu saya sandarkan di dinding, jadi setiap kali nampak alat tu mesti saya teringat nak bersenam. Lepas tu bila berkemas, alat tu diletakkan kat bawah katil. Mungkin sebab nampak ’semak’ kot. So bila dah tak nampak alatnye, tak teringatlah nak guna! ;)

Esok ada sehari lagi cuti. Memang mohon cuti ekstra sebab kalau ikut perancangan asal ada kenduri kahwin saudara belah Meen di Singapura, tapi kami tak jadi ikut sama. Harap saya ok esok. Takdelah terperap untuk hari ke-5. Doakan kesihatan saya ok? :)

Thursday, January 22, 2009

Satu janji, Sejuta harapan..

"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect.."

Barack Obama's inaugural speech
Jan 21, 09 6:52am

Monday, January 19, 2009

Boikot ke tak boikot?

Apa2 pun yang berlaku kat Palestin sekarang ni, biarlah kita yang berpijak di bumi Malaysia ni membantu setakat kemampuan kita dalam perangi Israel & Amerika ni. Sakit hati Tuhan je tau bila baca paper, Israel dengan bangganya mengaku yang Amerika tu ikut telunjuk diorang. Sabar je la!

Bila sebut soal bantu ni, ada macam2 cara yang kita boleh buat. Boikot pada saya adalah satu alternatif yang baik, walaupun ada yang bagi macam2 alasan untuk xnak boikot: nasib orang kita kerja kat company tu kalau kita boikot la, Israel & Amerika tak terasa pun kalau kita boikot la etc..

Hakikatnya, selagi kita tak ada kesedaran yang mendalam tentang isu ni, kita tak akan dapat sama-sama berusaha untuk tunjukkan usaha kita ni dapat berikan kesan. Memang betul, setakat 2-3 kerat je yang boikot, apelah sangat. Tapi kalau komuniti Islam bersatu untuk boikot, bayangkan berapa juta pengguna terlibat? Berapa RM pulak yang akan hilang daripada aliran tunai operasi syarikat2 ni? Itu namanya bantahan yang memberikan kesan. Barulah dunia tahu kekuatan orang Islam ni bila bersatu padu. Tak perlu guna bom, tak perlu tembak-menembak.

Kesedaran jugaklah sebenarnya yang masih kurang dikalangan mereka yang bekerja kat syarikat2 yang ada hubung-kait dengan isu boikot ni. Ada yang berpendapat “kalau kita boikot, macamana nasib orang kita yang kerja kat syarikat2 tu?“ Actually, bila kita sebut kesedaran, maknanya diorang sikit pun tak salah. In fact, kita tak salahkan sesiapa pun dalam soal kesedaran ni. Cuma bila kesedaran kurang, kita susah nak faham. Bila susah nak faham, kita susah la nak terima. Bila kita susah nak terima, macamana kita nak turut serta?

Kalaulah masyarakat kita sedar, peluang kerja kat Negara kita ni sebenarnya masih banyak alternatifnya. Samalah banyaknya dengan produk lain seperti produk tempatan yang kita boleh beli untuk keperluan harian. Samalah banyaknya dengan kedai2 makan yang kita boleh kunjungi untuk mengisi perut yang lapar. 1901 kan ada? Oldtown White Coffee kan ada? Restoran kat-Melaka-yang-asam-pedas-dia-sedap-tapi-nama-restoran-tu-dah-lupa kan ada? Eastern café (mihun kungfu & roti kukus kat sini memang champion!) kan ada? Sos cili Aminah Hasan kan ada? Mee segera Pama kan ada? Sate Kajang (hehe) kan ade?

So apa yang kita boleh buat adalah: cari informasi, teruskan mengkaji, fikirkan sendiri.. dah buat semua tu, pertimbangkanlah tindakan apa yang rasanya wajar dibuat. Kalau ada yang nak solat taubat, solat hajat, itu memang disarankan. Tapi fikir2kanlah usaha lain jugak, ok? Kalau kita nak cemerlang SPM misalnya, solat dan doa semata2 kan belum mencukupi. Kena ada usaha, kena ada ikhtiar. Jadi renung2kanlah. Tepuk dada, tanyalah Iman.. :)

Saturday, January 17, 2009

Lately ni, isu yang jadi topik perbualan kita berlegar sekitar 2 perkara: Israel bom Palestin & Pilihanraya Kuala Terengganu. Tapi pada saya isu kesengsaraan Palestin menenggelamkan pilihanraya atau isu-isu lain. Kadang2 tak sanggup nak tengok tv especially waktu diorang tunjuk gambar kanak-kanak yang mati, cedera dsb. Baru tadi baca suratkhabar, diorang dok bom hospital pulak. Insane. Unethical.



Dalam masa yang sama jugak, macam2 informasi yang saya dapat. Katanya Hamas ni penganut Syiah. Jadi itulah sebab Israel berani bom. Kat kawasan Timur Tengah, ada golongan yang mengatakan bahawa ada golongan dalam penganut Syiah ni dah dikira keluar daripada Islam sebab aqidahnya dah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Israel pulak nampak yang puak ni tak ’ngam’ dengan fahaman lain especially Sunni. So bila diorang decide untuk serang, perkara ni diambil kira. Kononnya nanti Negara Islam lain especially Liga Arab tak bersungguh2 untuk tolong. Lepas tu dapat pulak sokongan Amerika. Lagi la diorang naik syeikh.

If that is so, pada pandangan saya yang serba kekurangan ni: please look at the larger piece of cake! Kalau pun memang Hamas tu penganut Syiah, yang lain2 tu bukan ke semuanya beragama ISLAM? And for God’s sake, it’s humanity that we’re looking at. Kalaupun bukan untuk Palestin, at least bantulah untuk insan2 yang tak berdosa, insan2 yang tak tau apa2. Just look at Palestin as a country, a Muslim country in need of help!



Mungkin kita tak tahu apa yang betul2 berlaku dalam Liga Arab sampaikan tak nampak apa2 tindakan yang betul2 tegas dalam tangani isu ni. Habis2 pun membantah. Sekeras2nya la, setegas2nya la. Do you know that once this society called Liga Arab (LA) used to be a dominant body for Islamic countries to ask for help? Kekuatan LA ni satu masa dulu membolehkannya menyelesaikan sebarang isu atau kesusahan yang dihadapi oleh Negara-negara Islam yang lain. Tapi sekarang, diorang dah banyak kepentingan lain yang nak dijaga.

Bila dikaji, bila keluar filem 9/11, baru lah kita tahu Amerika ada kepentingan besar kat Arab rupanya. Jadi Pak2 Arab ni semacam ada tali yang tersangkut kat hidung la kiranya. Nak tarik kuat2 nanti hidung sakit. Nak turut je nanti apa dunia Islam kata..

Tuesday, January 13, 2009

Dah 2-3 hari saya tak sihat. Ada rasa sakit kat bawah gusi. Mula2 sikit je. Tapi sekarang ni sampai ke gigi terasa sakit. Semalam sampai nak telan air liur pun sakit. So I went to the panel clinic. Tuan doktor yang periksa pun tak dapat detect source dia, tapi dia conclude bukan ulcer (?). pelik jugak dia boleh terus buat kesimpulan macam tu je. Suppose dia cuba la kenalpasti macamana keadaan sebenar, baru la boleh buat conclusion kan?


hai obat, hai obat, mari makan obat..

Bukanlah saya nak jadi lebih pandai dari dia, cuma rasanya apa-apa perkara yang membabitkan penyelesaian masalah, kena lah pastikan sumbernya. Kalau lantai rumah tiba2 berair, kena la check whether kepala paip bocor ke, piping dalam dinding ke etc. dah tau sumber baru la boleh kenalpasti solution. Sama lah jugak dengan kesihatan. Silap kenalpasti sumber, silap la jugak buat conclusion. Bila silap buat conclusion, akan silap jugak bagi ubat. Bila dah silap bagi ubat, alamatnya bertambah la sakit, bukan berkurangan.

Well, whatever it is, dia bagi painkiller, antibiotics dan ubat tahan bengkak. Masuk hari ni dah 2 hari saya ambik ubat ni. Nak tunggu sampai esok. Kalau dah 3 hari pun tak baik2 jugak, lusa kena pergi dentist la jawabnya. Kat sana ada peralatan yang lebih baik untuk betul2 tengok dan kenalpasti apa sebenarnya yang dah jadi. Sebab tu lah doktor kat dunia ni ada macam2, mewakili bahagian badan yang berlainan. Kalau seorang doktor tu nak cater semua bahagian badan, jawabnya kena study la sampai 10 – 15 tahun! Like what my sister Uya said, kalau nak jadi dermatologist misalnya, nak kena study general medic, pastu ubat2 pastu baru study pasal skin. Tu je dah berapa tahun ambik masa.

Hmm, bila fikir2 balik, 2-3 hari ni Tuhan baru tarik 1 nikmat. Kecik pulak tu. Tapi kesannya? Nak makan pun susah, nak bercakap pun susah, nak menguap susah etc. Maybe there are things that He needs me to look back, and the pain is actually the ringing bell @ sign. Kadang2 kita ni kalau time sihat tak ingat, bila dan sakit baru nak beringat..

Friday, January 09, 2009

Ukur baju kat badan sendiri..

Mamat technician air-cond yang 'bikin panas'

“Bang, mau aircond 2nd hand ka? 1 horsepower, baru 1 tahun pakai, warranty 6 bulan, RM500?”. Berkerut la sekejap dahi ni. Walaupun 2nd hand, ada warranty. Orang yang nak jual tu pun kita dah kenal lama, so kalau ada apa2 masalah lepas tu boleh la kawtim dengan dia je. Bilik tidur kat umah tu pun memang agak panas waktu malam sebab dinding luar tu dah banyak serap cahaya matahari. Tapi bila kira budget…………….

Kadang2 dalam hidup ni ade je tawaran barang2 yang memang kita tengah cari atau perlukan. Sampai satu tahap tu barang yang kita tak carik pun kita jadi nak beli jugak. Tapi kadang2 mesti kita rasa frust sangat bila ada je halangan untuk kita dapatkan barang tu: budget tak cukup, orang lain dah ’rembat’ dulu etc. Ada jugak yang sanggup carik, korek duit yang ada. Ada pulak yang sanggup pinjam duit member dulu etc.

memang tak dinafikan saya pun pernah alami situasi macam tu. Memang la tak dapat tahan bila barang yang kita dok idamkan selama ni ada kat depan mata, kan? So pernah la jugak meminjam kat member2 so boleh topup dengan duit yang tak seberapa amaunnya tu. Realitinya lepas tu, time nak bayar balik tu ada saja dugaan. Yang dok buat alasan sebab malas nak bayar balik tu cerita lain lah kan. Tapi atas apa yang saya alami sendiri, memang macam tu. Kadang2 tu dah ketepikan, tapi at long last ada emergency la pulak. So terpaksa la pakai duit yang dah ketepikan tu.

Sebenarnya, kita masih mampu untuk ukur kemampuan kita. In fact itu la yang saya tengah practice ni. Lagipun, takkan kita nak jadi orang yang sama macam dulu, right? Kalau nak ambil dari sudut yang baik, bila kita tak mampu nak beli, at least kita maklumkan la pada kawan2, sedara mara, kenalan etc, especially yang memang mampu dan tengah carik barang yang sama. At least walaupun kita tak dapat, kita tau orang yang dapat tu orang yang kita kenal. At least, insyaAllah kita dapat pahala sebab tolong orang lain, kan? At least, kita boleh pujuk hati kita sebab orang yang dapat tu pun kita kenal. Ye la, better daripada kita simpan hasad pulak sebab member kita tu dapat tapi kita tak..

Friday, January 02, 2009

Melaka dalam ingatan..

Semalam hari pertama saya kat pejabat untuk tahun 2009. Rasa macam dah berbulan-bulan tak kerja. Dalam kepala dok fikir pasal slideshow yang saya tengah siapkan sempena trip ke Melaka & Port Dickson hujung minggu lepas. Dah siap nanti boleh la pass satu copy kat Enol & Tina.

Best jugak dapat buat short trip haritu. Seingat saya, pergi ke Melaka untuk bercuti rasanya dah terlalu lama sangat tak buat. Few years back, Kakngah and Syidah my sisters study kat sana. Sorang kat MMU, sorang lagi kat Matrikulasi Alor Gajah. So back then trip ke Melaka ni agak kerap juga, tapi bukan bercuti la.


Tak Melayu Hilang Di Dunia


Ada 2 tempat yang masih melekat kat kepala ni (walaupun sebenarnya takdelah banyak sangat tempat2 lain yang kami pergi pun, hehe). Pertama, makam Hang Tuah. Rupa2nya keempat2 ahli rombongan tak pernah ke situ. Kira nasib baik jugaklah sebab decide nak lalu jalan dalam untuk ke highway (jalan keAlor Gajah). Time Meen, Enol & Tina dok baca sejarah Hang Tuah kat keliling makam tu, saya dok sibuk ambik gambar so tak sempat la nak baca sangat pasal sejarah Hang Tuah ni. Tapi bila diorang persoalkan pasal “kenapa Hang Tuah ada makam? Kan dia ghaib?”, saya pun jadi pelik. But whatever it is, rasa best la jugak dapat singgah kat makam tu.



Kedua: Menara Taming Sari. Menara ni pun kitaorang realize waktu sampai kat Banda Hilir. Realize apa? Ha, kepada yang tak tahu, walaupun tak sebesar Menara KL, kita masih boleh naik ke atas menara ni sebab ada kemudahan yang disediakan. Lebih kurang macam lif la, tapi lif ni berbentuk bulat (ring shape). So dengan caj RM10 (kalau ada IC), kita dapat tengok la panorama Bandaraya Melaka. Menara ni sebenarnya tak jauh daripada Eye on Malaysia, tapi daripada pengamatan saya, lagi ramai yang nak naik menara ni daripada Eye on Malaysia. Memang dari pagi dah ramai yang beratur. Mungkin sebab menara ni unik kot. Eye on Malaysia tu orang dah agak falimiar.

Hehe. Teringat pulak waktu gi jalan2 kat A Famosa. Kalau dulu ke situ mesti nak tengok kesan peninggalan sejarah. Ye la budak2 kan? Tapi haritu kat A Famosa kitaorang dok sibuk melaram ambik gamba je!