Ramai yang dah tempuh alam perkahwinan, maknanya ramai yang tau asam garam nak buat preparation untuk majlis/kenduri. Saya ni boleh la dikategorikan sebagai junior atau freshie dalam bab kahwin ni, but what I did learn from the wedding is something precious for me that i really wanna share.
Open minded: Penting!
Saya kira ni adalah salah satu daripada elemen terpenting yang kena ada sebelum, semasa dan selepas majlis. Bila kita rancang nak kawin, macam2 yang ada kat dalam kepala. Starting dari budget, theme, kad, hantaran, kenduri, cenderamata, baju, bunga telur, pelamin, tetamu dan sebagainya, kita dan pasangan mesti dah ada perancangan tentang apa yang nak dibuat. Kat dalam kepala tu mesti dah berlegar2 idea. Bila dibawak berbincang dengan pasangan, lagiiii la banyak yang keluar.
Satu yang saya nak tekankan: jangan terlalu berharap apa yang kita nak buat tu akan jadi macam tu.
Dalam kita nak kawin ni, ada pihak2 lain yang ada autoriti secara tak langsung dalam pembuatan keputusan. Keluarga (especially parents) dan kawan2 pun sebenarnya memainkan peranan sebenarnya. Kenapa? Diorang ni kira macam kita punya cermin jugak la. Kalau mak bapak ni, diorang pun ada preferences masing2 so sebagai anak, kita kena hormat dan ambil perhatian terhadap apa yang diorang nak.
"Tapi majlis tu kan majlis aku?! Biarla aku yang decide apa nak buat.."
Technically betul. Tapi disebabkan kita ni hidup kat dunia as a package: ada parents, ada adik beradik, ada sepupu sepapat, ada kawan etc, kena la jugak ambil kira. Bukan nak kata kita kena ikut bulat2, yang mana yang kita rasa ok dan boleh dimasukkan, kita ikut la. Yang mana yang kita rasa boleh diperbaiki, kita communicate.
Dalam masa yang sama, kita kena sentiasa ingatkan diri kita bahawa mesti ada kemungkinan akan berlaku perubahan dalam apa yang dirancang. Ada kemungkinan baju yang ditempah kena alter sana sini, mungkin ada makcik yang nak sponsor hantaran lain, mungkin khemah kena tambah, mungkin borang nikah nak kena isi semula, mungkin fotostat IC saksi hilang etc. Semua tu kemungkinan kan?
Semasa majlis pulak, mesti ada benda2 yang tak kita jangka. Macam masa wedding haritu, ingatkan semua dah ok, last2 ada minor problems. So sepatutnya berarak 12.30, kena la delay sket. Waktu tu kalau kita tak buka minda, susahla kan? Mesti dok merungut, marah etc, last2 seri pengantin pun hilang.
Lepas majlis pulak, kena tanamkan ayat ni: BIARLAH APA ORANG NAK CAKAP. Bila kita open, kita akan faham yang manusia ni ada macam2 jenis, macam2 perangai. So, mesti ada macam2 feedback. Ada yang tengok baju pengantin ok, ada yang tak. Ada yang rasa lauk kenduri sedap, ada yang tak. Ada yang kata make up pengantin ok, ada yang tak. Time tu, kita senyuuummm je la. Yang penting majlis dah settle dan kita dah pun sah sebagai suami isteri. Kan itu yang utama?
In a nutshell, bila kita sentiasa ingatkan diri kita, bila kita sentiasa bersikap terbuka, kita akan jadi lebih bersedia untuk hadapi perubahan dan lebih positif untuk terima dan adjust things accordingly.
Komunikasi berterusan
Jangan simpan2! Kalau ada apa2 idea atau masalah, jangan pendam sorang2. Tak kiralah diri sendiri, pasangan atau family sekalipun, kena selalu inform, remind dan tegur kalau ada apa2. Jangan amalkan bendalah ni: "Ala, takkan tu pun tak tau?" or "takkan benda macam ni pun nak kena bagitau?". Ni la antara punca kenapa kadang2 masalah dalam hidup ni tak boleh diselesaikan dengan baik.
So, kalau kita tau something, bagitau. Kalau ada idea, bagitau. Kalau nampak masalah, bagitau. Jangan expect orang lain akan tau apa yang kita tau or nampak apa yang kita nampak. Bila kita tau something, tu dah jadi obligation untuk kita sampaikan. Kalau kita bersikap 'nak tengok macamana orang yang tak tau apa yang kita tau tu bertindak', tu maknanya ada something wrong dengan hati kita.
Nak jayakan majlis penting macam majlis kahwin ni sebenarnya mudah kalau kita selalu communicate. Percayalah!
Sokong tanda sayang
Sebagai pasangan, kita kena sentiasa saling beri sokongan. Macamana? Kalau ada apa2 yang pasangan kita berjaya settlekan, puji la. Kalau dia emotional, rationalkan la. Kalau dia tanya, kita bagi la feedback. Kalau dia ada masalah, dengar la. Kalau dia mintak opinion, bagi la. Kalau dia down, motivate la. Kalau dia buntu, guide la. Sama jugak macam yang saya bagitau earlier, jangan expect pasangan kita tau semua benda. Kalau ada benda yang kita tau, kita share la dengan dia.
Benda2 macam tu la sebenarnya yang ajar kita makna sayang yang sebenar. Segala apa yang kita tempuh dengan pasangan kita especially dalam preparation kahwin tu la sebenarnya jadi titik tolak kita nak create value dalam relationship. Percaya atau tak, macamana kita deal dengan benda2 dalam preparation tu, macam tu jugak la kita deal dengan hidup kita dan pasangan kita lepas kahwin. Kalau kita boleh bagi sokongan dan sentiasa positif, insyaAllah nilai dalam relationship kita sebagai suami isteri nanti akan menjadikan hidup kita lebih terarah dan bahagia.
Ibadah jangan lupa
Pada saya, elemen ni sebenarnya la yang jadi tunjang/asas. Bila kita konsisten dalam beribadah, kita mudah nak digest segala apa yang datang dalam preparation kahwin ni. Kenapa? Sebab bila kita jaga solat, banyak berdoa etc, kita lebih mudah faham konsep 'segala perkara datang daripadaNya dan adalah ketentuanNya'.
Tak percaya? try la!
No comments:
Post a Comment