Too many things happened during these few months. I honestly can't believe them when i took a step back, looking at what have i gone through. Banyak perkara yang saya pelajari daripada kisah-kisah suka, duka, pencapaian dan dugaan yang telah saya tempuhi.
Siapa sangka saya dapat peluang untuk jadi pensyarah sambilan dan akhirnya terpaksa tolak tawaran jadi pensyarah tetap? Siapa sangka saya dapat peluang untuk jadi shareholder untuk uruskan sebuah perniagaan dan akhirnya bakal saya tolak? Siapa sangka saya menyambut harijadi pada tahun ini di Medical Ward, Hospital Putrajaya? Siapa sangka isteri kesayangan saya dijangkiti virus H1N1? Siapa sangka yang Mikaeel Jackson, Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri akan kembali ke rahmatullah?
Hidup memang dah Allah takdirkan untuk kita pilih laluannya. Ada ketika kita rasa kita dah buat pilihan yang betul, tapi rupanya Tuhan tunjukkan bukan ini jalannya. Ada ketika kita rasa ragu2 bila nak buat pilihan, tapi ternyata itulah sebenarnya yang terbaik buat kita.
Benarlah pengalaman itu mendewasakan. Hidup yang kita lalui ni kita tak boleh terus buat jangkaan sebelum kita betul2 mengalami dan memahaminya. Saya selalu berpesan pada Meen, jangan selalu buat telahan tentang apa yang akan berlaku, especially kalau telahan tu negatif. Kita usaha, kita ikhtiar dan kita tawakkal, itu yang penting. Buruk baik yang berlaku selepas tu, kita redha dan percaya sepenuhnya akan hikmah disebalik apa yang dah Tuhan tetapkan.
Kalau baik, alhamdulillah. Kalau buruk pun, alhamdulillah.. :)
No comments:
Post a Comment