Sunday, August 23, 2009

A Special Ramadhan..

Ramadhan 2009 ni pada saya agak bermakna berbanding tahun2 sebelumnya kerana pada kali ini saya berpuasa sebagai seorang suami. Dalam masa yang sama, Meen sedang menunggu hari untuk melahirkan zuriat pertama kami yang masih belum diketahui jantinanya.

Keengganan untuk mengetahui jantina anak kami ini adalah disebabkan oleh hasrat saya dan isteri untuk back to the old skool. Kalau sekarang kita biasa terima sms “baby boy/girl kami bakal dilahirkan, so mohon doakan..“ etc, kami pulak prefer save the best for last. At least dapat la nikmati saat2 doktor keluarkan baby dan umumkan “it’s a boy!” atau “it’s a girl!”..

Satu lagi sebab adalah kerana saya ambil keputusan untuk gunakan teknologi yang ada hanya untuk perkara-perkara yang perlu sahaja. Maksudnya, proses scanning yang biasanya dapat digunakan untuk mengetahui jantina bayi, hanya kami gunakan untuk fungsi2 asasnya sahaja iaitu mengetahui tahap kesihatan bayi dan perkembangan fizikalnya sahaja. Untuk tahu jantina tu, tunggu saja bila dia dah lahir nanti, hehe..

Untuk itu, saya hanya beli pakaian yang agak universal, terutamanya dari segi warna dan corak. Beli pun tak banyak, sebab selain daripada tak tahu jantina, kami juga terima banyak sumbangan daripada saudara terdekat. Misalnya Angah (kakak Meen) bagi banyak baju baby. Since saiz Nazif (baby Angah) agak besar sewaktu dilahirkan, dia terpaksa beli baju2 besar untuk gantikan stok yang dia dah beli pada mulanya. So murahlah sikit rezeki kami. Tapi kalau baby kami pun besar time lahir nanti tak dapat la guna jugak baju2 tu, huhuu. Bila dah tahu jantina nanti, baru la tambahkan stok baju dia.

Bersempena dengan bulan ramadhan 2009 ni saya & Meen nak mohon maaf kepada semua saudara dan sahabat handai atas segala salah dan silap kami selama ni. Moga kalian dapat doakan agar Allah permudahkan segala urusan kami terutamanya pada saat kelahiran anak kami nanti.. :)

No comments: