Monday, February 02, 2009

Hari Khamis lepas, kami sekeluarga bertolak pulang ke Terengganu. Tokki saya diserang strok beberapa hari sebelumnya jadi bila dia dah mula tanyakan anak-anaknya, memang itu kira red alert lah untuk balik kampung.

Bila dah sampai, baru la tau sebenarnya tok (nenek) pun sebenarnya kurang sihat. Lebih tak sihat daripada tokki actually. Bila buat checkup, dia disahkan ada pneumonia (jangkitan paru2) dan gastrik.

Bila dah balik ni barulah saya tau yang sebenarnya grandparents saya ni dah terlalu banyak makan ubat2 luar. Maksud saya ubat2 yang diluar daripada prescription doktor. Ye la, kadang2 ramai orang yang bagi macam2 suggestion tentang ubat2 alternatif yang katanya mujarab. So especially tokki saya ni, dia mesti gi beli ubat2 tu. So macam2 la ubat yang kami jumpa, termasuklah kat dalam dashboard kereta dia. Bila dah makan macam2 ubat, tu yang makin tak sembuh sebenarnya. Gastrik tok saya tu pun berpunca daripada pengambilan ubat yang bercampur2. in fact, muka dia pun dah jadi semacam sebab banyak sgt steroid kata doktor.

Jadi sebelum balik petang sabtu kelmarin, mak & others dah go through semua ubat2 diorang. Yang mana yang tak perlu tu dah diasingkan, tinggal ubat2 yang utama je. Mak pun dah explain panjang lebar kat maklong dan cik nor (my aunties yang akan jaga tokki & tok) tentang ubat2 tu. Alhamdulillah, waktu nak bertolak balik, tokki dah boleh berjalan. Waktu kami sampai sebelum ni, dia nak berjalan pun kena ada orang papah. Tok pun nampak dah semakin baik. Moga Allah sentiasa melindungi dan membantu tokki dan tok untuk sembuh. Amen.

P/S: teringat pulak kata2 mak. Tok pernah pesan kat dia. “Jangan nanti bila kami dah tak boleh bercakap baru nak balik..“

No comments: